Sunday, January 3, 2010

TAK SALAH AJAR ANAK PEREMPUAN KE DAPUR

Apa nak jadi dengan budak-budak remaja perempuan sekarang ni? Umur baru 12 tahun, dah ada boyfriend. Tapi basuh pinggan pun tak pandai. Sidai baju pun tak pandai.

Anak sedara suami aku datang duduk dengan aku selama 2 minggu masa cuti sekolah baru-baru ni. Hari pertama, kedua, ketiga, aku larat lah nak melayan makan minum diaorang. 2 orang plak tu. Kalau sorang tu aku tak lah penat sangat. Kebetulan pulak aku cuti akhir tahun masa tu. Jadi banyak masa la terluang duduk di rumah. Duduk rumah memang la, tapi aku tengah termengah-mengah mengandung 4 bulan, mabuk2 nak muntah pun masih ada lagi, jadi aku senang penat. Basuh pinggan 4-5 bijik, aku dah start rasa letih.

Yang bengangnya, anak sedara aku 2 orang ni anak dara, sorang baru habis UPSR, yang sorang dah masuk tingkatan 2. Bagi aku, diaorang ni dah remaja dah la. Period pun dah datang, consider bukan budak lagi la.

Macam aku cakap tadi, pegi celik mata, bukak TV, tengok cerita Indon. Lepas tu tengok cerita melayu. Petang sambung tengok cerita Indon lagi. Selang-selang tu, kalau diaorang nampak computer aku free, dok menggodeh friendster plak. Itu je lah kerja diaorang. Aku perhati je dalam masa 4-5 hari. Aku senyap dulu.

Breakfast aku sediakan, pagi-pagi ada je lah bende aku usahakan letak atas meja makan, bukan apa..jangan plak diaorang mengadu dengan mak diaorang aku tak bagi diaorang makan. Tak syok plak. Masuk tengah hari, masak plak. Kadang-kadang tu, kalau aku tak larat, aku beli je kat luar. Tapi kalau setakat untuk aku sorang, beli hari-hari pun tak pe. Ni ramai macam ni, habis la duit aku kalau hari-hari nak beli. Dah lah suami aku buat dek je pasal duit-duit ni. lagipun aku ni tak berkira sangat, nak mintak dengan dia pun segan, sebab aku kerja, ada duit sendiri.

Yang bestnya, budak 2 orang ni, bila dah habis makan je, letak je pinggan dalam sinki. Aku senyap lagi. Apalah salahnya kalau tolong basuhkan. Aku plak saja buat-buat drama depan diaorang aku penat. Aku baring atas sofa panjang, aku diam. Aku harap-harap, petang nanti bila aku bangun, sinki aku bersih, kot-kot diaorang basuh pinggan. Tak jugak.

Sampai lah suami aku balik kerja, bukak baju, tolong aku masak untuk dinner, masa tu la suami aku perasan pinggan bertimbun dalam sinki, dia yang basuh. Tak cakap banyak.

Kain baju, satu hal lagi. Aku tolong basuh, apa lah salah kalau diaorang tolong sidaikan. Ini tidak. Dok berkempam lah baju dalam bakul tu, sehari suntuk, aku terjumpa, sidaikan la. Masa tu aku start rasa naik angin.

Masa aku masak, aku punya Astro aku pasang kat dapur, so family room aku memang sebelah dapur. Diaorang dengar aku dok ke hulu ke hilir, bukak peti ais, ambik ikan, sayur, nak masak..diaorang boleh senyap je, tak toleh pun, dok asyik sangat tengok cerita Indon TV3 tu. Tak salah kalau diaorang datang kat aku tanya apa nak tolong, potong-potong bawang ke, apa yang patut... ini tidak...buat dek je. Mana tak aku start naik angin????
Aku pelik betul. Masuk hari ke 7, mana tahan!!!!

Aku cakap dengan suami, "lain kali, anak sedara you kalau nak datang, jangan duduk sini lama-lama. Satu benda pun diaorang tak tolong I. I tak larat nak layan diaorang."
Muka suami aku dah masam satu hari, sebab aku tegur anak sedara dia. Suami aku boleh jawab "alah...diaorang budak-budak lagi la... lagipun, budak zaman sekarang ni, mana ada yang nak sangat buat kerja dapur ni... anak sedara you tu dulu pun sama jugak.."
Jawapan dia tu buat darah aku lagi naik. Aku pun jawap la... "anak sedara i at least ada jugak tolong sapu sampah, lipat baju, sidai baju. Cuma masak je dia malas, ada jugak bende lain dia tolong!!!"
Aku tahu kalau terus bertekak lagi, memang semua nak menang, so aku diam. Diam tapi hati memang panas. Aku menyampah tengok muka diaorang masa tu.
Mana boleh tegur sedara mara adik beradik dia. Tapi kali ni aku tak peduli. Aku sound direct je.

Lepas 6 hari, kakak ipar aku (mak pada salah sorang anak sedara aku ni ) datang dari Kelantan, nak ambik la anak dia ni balik. AKu punye la lega masa tu.

Kelakar tak kelakar, masa mak dia datang, pandai plak anak dara dia tu basuh pinggan. Aku naik pelik dibuatnye... oohhh rupanya selama ni dia saja tak nak ke dapur. Bila mak dia datang, nampak lah yang dia ni rajin duduk rumah aku. Cerdik..... memang cerdik........ cerdik menipu...

Masa kakak ipar aku datang tu, dia ada lah bercerita pasal adik dia sorang ni, perempuan, sebaya dengan aku, anak dah nak masuk 3, dah kawin, duduk serumah dengan mak mentua aku kat Kelantan. Diaorang dok cerita yang kakak ipar aku ni pemalas, langsung tak nak tolong mak mentua aku kat dapur, bila ada masa je balik rumah mentua dia. Sampai masa mak mentua aku sakit, kakak ipar aku yang pemalas ni tinggalkan mak dia, pegi balik rumah mentua dia. Anak-anak dia yang 2 orang tu (sorang 1 1/2 thn, yang sorang lagi 3 tahun) mak aku yang mandikan, basuh baju diaorang. Ibarat kata kakak aku, mak mentua aku di jadikan macam "HAMBA" oleh anak perempuan dia sendiri. Kecoh la dok bercerita.

Dalam kecoh-kecoh dia bercerita, aku sound direct je, "Saya masa kecik-kecik, umur 9 tahun mak saya dah ajar saya masuk ke dapur, masak nasi, jerang air".

Pas tu dia mengaku "hak ah... akak dulu pun, memang mak tak pernah suruh ke dapur, bila akak dah kawin, baru akak berlajar masak".

Pas tu aku tambah lagi.. " Bila kecik-kecik dah ajar ke dapur, jadi tak de issue la. Mak saya umur 50 tahun, dia dah relax, tak de dapur lagi dah. Saya dengan adik saya yang masak. Sedap tak sedap, lain cerita... tapi memang kita orang dididik macam tu... jadi tak kekok ke dapur".

Dia jawap balik.." tapi anak sekarang ni, susah sikit, nak belajar lagi..balik sekolah dah pukul berapa...kesian... adik-beradik akak memang tak ke dapur sangat, mak tak ajar macam tu"

Aku pun tambah lagi ..." prinsip arwah mak saya, anak perempuan, belajar tinggi macam mana pun , memang akan ke dapur jugak. Kalau dia belajar pandai, alhamdulillah... macam bonus la.... Tapi kalau tak pandai, sekurang-kurang nya kat dapur dia pandai....."

Lepas tu kakak ipar aku terus senyap. Aku bagi habis-habisan...Tapi aku tahu dia akui apa yang aku cakap tu memang betul. Sebab dia sendiri tak berapa pandai, sekolah tak habis, pas tu kawin. Jadi dia faham bila aku cakap macam tu.

Apa yang aku perasan, orang Kelantan memang tak galakkan sangat anak perempuan dia ke dapur. Kalau bab-bab meralam, pakai baju cantik, jaga muka, jaga kulit, pakai tudung lawa tu, nombor satu. Sebab tu awek kelantan cantik-cantik..comel-comel.

Tapi beware gentlemen...... bila awak dah kawin dengan dia, rumah awak bersarang....... sebab diaorang tak pandai berkemas rumah, tak pandai menghias rumah.... masak memang out!!!! Aku tengok anak-anak sedara aku yang umur 1 sampai 3 tahun comot gila. Mak dia sibuk tidur. Anak baru setahun setengah, dah mengandung lagi. Mak mabuk, apa lagi, tidor la... anak dia membesar dengan sendiri je.... tidor sendiri, makan nenek sediakan.... nasib baik nenek ada.....

Bagi aku, kecantikan tu hanya secara sementara saja. Lelaki bila tengok perempuan cantik, memang dia hendak. Tapi bila lepas kawin, kecantikan tu semua selalu lelaki tak pandang sangat dah....
Masa belum ada anak, memang la cantik, slim menyelim.... tapi once kita perempuan dah start pregnant, masuk bulan ke 5 pregnant, pinggang dah tak de bentuk lagi dah....masa tu la kita ingat sapa diri kita, secara dalaman..bukan secara luaran lagi. Kecantikan tu memang sementara sahaja

Kebanyakan kawan-kawan aku, bila dah start bersalin, ada anak.... badan masing2 memang tak tentu shapenya...masuk gym la, pegi spa la... pun tak berapa jadi jugak. kadang-kadang ada yang terus tak jaga kulit muka...... jadi apa yang kekal nye??

Yang tinggal itu adalah :

Cara kita melayan suami, masakkan utk dia, kemaskan rumah dia, jaga kebersihan rumah tangga dia, cara melayan adik beradik dia bila datang ke rumah, jaga budi bahasa dengan ibu bapa dia....itu lagi penting......

Jadi, untuk sesapa yang ada anak perempuan tu, fikir-fikir kan la.... kalau anak kita minat belajar, sokong minat dia tu, tapi ingat-ingatkan dia jugak bende-bende basic rumah tangga.

Lepas makan, basuh pinggan, lap meja, sapu nasi yg jatuh atas lantai. Tak de pun ambik masa berjam-jam nak buat tu semua, 10 minit paling lama pun.

Weekend, ajar dia basuh baju, sidai baju. Bila kita masak untuk family, ajak dia tengok cara kita tumis-tumis bawang ke. Saya dulu arwah mak ajar tumis-tumis je dulu. Dia tumbuk dah rencah tu, pas tu saya yang tumiskan. Lama-lama tu pandai la masak... senang je... proses nye berulang-ulang..tapi kene di ajar.

Bila kita lipat baju, ajak dia duduk sekali lipat baju. Budak-budak akan ikut kalau kita ajar.
Buat homework, buat la...tapi bende-bende simple macam ni bukannya ambik masa yang lama. Ini semua adalah untuk kesenangan kita sebagai ibu bapa bila kita dah tua nanti.











No comments:

Post a Comment