Tuesday, January 5, 2010

POLIGAMY

Aku nak cerita sikit pasal poligami.

Lelaki kalau dengar topic ni, semuanya berminat. Semuanya menyokong Poligamy ni. Tak pernah aku dengar tak menyokong. Semua cakap - ada tempat 3 lagi kosong, boleh la..apa salahnya... semua anggap macam best je poligamy ni.

Pendapat aku tak penting pasal issue ni. Sebab sebagai seorang perempuan, seorang isteri dan seorang ibu, banyak yang aku pelajari dari kawan-kawan malang yang pernah mengalami poligami dan juga
pengalaman dari orang terdekat aku sendiri mengenai perit getir POLIGAMI.

Aku selalu of course dari perempuan sendiri. Lelaki takkan berani berbicara "heart to heart" mengenai issue2 macam ni sebab ego mereka. Ada yang memang ternyata tak bahagia selepas kawin lain, muka macam taik, bercerai berai, naik turun mahkamah... tapi bila ditanya, apa cerita, semuanya senyap. Malah ada yang masih lagi boleh senyum lagi,
pura-pura saja, tapi kita tahu senyuman tu bukan datang dari hati. Takkan nak buka pekung di dada. Mesti malu kan...

Ramai wanita / kaum ibu yang selalu share perasaan diaorang, jadi pengalaman kawan2 dan saudara terdekat adalah pokok pangkal pada apa aku nak cerita ni.

Seorang daripada sepupu aku, aku anggap macam kakak sendiri, sekarang menderita, seorang diri. Umur dia dah nak masuk 50 tahun. Dulu masa muda, badan ada juga isi, tapi sekarang nampak kurus. Aku baru-baru ni jenguk dia di rumah dia di Kajang. Rumah pun tak terbela, lalang naik keliling rumah, rumah dah retak sana sini. Aku nampak ada 3 budak kecil tengah tergolek baring depan TV. Aku tak pernah nampak budak-budak tu. Aku ingatkan kakak aku ni mengasuh anak orang lain, kot-kot nak cari income lebih.

Masa aku berborak-borak dengan kakak aku, terkeluarlah dari mulut kakak aku yang budak-budak yang tengah syok tidur depan TV tu adalah anak-anak tiri dia. Anak kepada madu kakak aku. Madu yang jauh lebih muda. Suami dia yang main kayu tiga tu dulu arkitek, kerja di UKM. Sekarang dah berhenti kerja. Tak de pampasan apa2. Aku suspect dia kena terminate, sebab kalau berhenti secara baik, mesti ada pampasan, tak banyak pun sikit sebab suami dia ni kerja di UKM puluhan tahun.

Kakak aku tak pernah bekerja seumur hidup dia. Dia bergantung 100% pada suami tercinta yang akhirnya membelakang kan dia. Sekarang kakak aku buat kuih, jual air kat depan rumah dia untuk
sara diri dia dan anak dia yang bongsu, tingkatan 3. Tengah-tengah bercerita, tiba2 air mata mula mengalir kat pipi dia. Aku terus peluk dia untuk tenangkan hati dia. Aku tahu hati dia hancur sebab poligami dan di perbodoh-bodohkan oleh suami sendiri.

Dari insiden tu, aku terkenangkan zaman masa aku baru balik dari UK, habis belajar, aku dapat kerja di Bangi. Which was around 15 years ago. Aku tumpang rumah kakak aku ni, sebab tak de sedara mara lagi dah yang boleh mintak tolong. Aku rasa ada 2 tahun aku duduk rumah dia. Jadi banyak la peristiwa2, drama2 yang berlaku dalam masa tu.
Aku perasan yang suami kakak aku ni memang miang sikit la. Jenis suka perempuan. Muka dia tak hensem mana pun, rendah je orang nye, kepala seakan-akan macam botak sebab rambut dia kurang. Tapi memang charming orangnya. Cakap halus je, lepas tu suka joke-joke, buat orang gelak. Memang charming la. Aku pun paham kenapa kakak aku terpikat pada dia.

(gambar sebelah ni, dari kiri sekali - aku, anak kakak aku no 3 (tudung hitam), kakak aku (baju orange) dan abah aku (belakang).

Anak semua 5 orang. Yang sulung 3 perempuan, yang last 2 lelaki. They all nampak happy la masa tu. Aku tak suspect apa2 pun. Aku pegi kerja, balik kerja, sampai rumah mandi, makan pas tu tidur. Walaupun kakak aku ni suri rumah sepenuh masa, ada je dia duit nak beli ikan, sayur hari-hari di kedai runcit sebab suami dia berduit masa tu. Rumah dia di Kajang tu pun renovate, besarkan bilik depan, besarkan ruang tamu. Tapi slow la progressnya sebab suami dia buat sendiri. Ada mood dia buat, tak de mood, tak de la.

Sehingga tibalah satu ketika, aku kira2 dalam 1 tahun lepas aku duduk dengan diaorang, aku balik dari kerja, bukak je pintu, aku nampak anak2 they all semua dok berkumpul kat depan, dengan suami dia. Salah sorang anak dia cakap dengan aku..... "Mak tak de... Mak dah lari....."

Ha? aku terkejut. Dah lari?? Cane boleh jadi camni? Suami dia mintak tolong aku cari kakak aku. Aku pun start kereta, pegilah mana-mana aku rasa kakak aku ni pergi. Tapi aku rasa mcm kelakar sebab kakak aku selama aku membesar dengan dia, dia ni memang tak tahu drive, tak de lesen, dia tak tahu banyak bende. Mana dia nak pergi?

2-3 hari lepas kakak aku hilang, salah seorang anak dia call aku waktu aku tengah kerja, dia kata dah jumpa kakak aku. Rupa-rupanya dia pergi ke rumah anak dia yang sulung, yang dah kawin masa tu.

Sejak dari hari tu, suami dia macam segan dengan aku. Aku ni dah dewasa sikit compare dengan anak2 dia yang baru remaja masa tu, jadi dia takut la yang kakak aku akan cerita bende bukan-bukan pasal dia pada aku, jadi dia pun start la nak berbaik dengan aku. Padahal kakak aku tak cerita apa2 pun pada aku. Kakak aku ni jenis pendam.. diam je, tak banyak cerita orangnya. Tapi aku suspect mesti ada bende tak betul sampai kakak aku larikan diri. Aku malas nak tanya.

Satu hari, suami dia ajak aku pergi bandar Kajang. Dia suruh aku teman dia nak pasang tali raket badminton. So aku tak cakap banyak, pegi je la. Dalam kereta, dia pun cuba nak mengorek rahsia dari aku pasal kakak aku. Aku buat-buat macam tak tahu apa, aku plak yang tanya dia banyak soalan. Last-last dia mengaku yang dia ni ada perempuan lain. Perempuan tu jauh lebih muda, lagi cantik dari kakak aku. Janda, tapi tak de anak. Perempuan tu ajak dia kawin, lepas tu dia call rumah kakak aku, bercakap dengan kakak aku pasal they all berdua nak kawin.OOOHHHHH!!! patut la kakak aku lari!!!!!!!

Aku tergamam masa tu. Cara dia bercerita pada aku macam very simple, dia tak de rasa bersalah apa-apa dalam hal ni.

Dia nampak aku senyap je, dia pun start komen pasal kakak aku. Dia kata kakak aku ni comot, tak pandai ambik hati dia. Suka pakai kain batik buruk, tak pandai berhias diri. Bila dia balik dari kerja, kakak aku jarang buatkan air untuk dia, nak duduk dekat2 dia nak manja-manja. Dia siap kutuk rambut kakak aku merebang, tak reti jaga image. Dia kata dia malu nak bawak kakak aku pegi majlis mana-mana sebab imej takut tercalar. Ye la ..dia kan arkitek.
Aku terasa sebab dia menghina kakak aku. Aku tanya dia, "ada cerita dengan Kak pasal bende-bende ni? dia tahu tak?"
Jawab dia "alah, awak tahu la kakak awak tu bukannya sekolah punye orang. Kalau abang cakap dengan dia pun, dia takkan paham punye"

Yang tak sedap dengar tu, dah lah awak nak kawin lain, jangan la kutuk plak yang dah tua dan beranak 5 beri dia waris untuk akhirat, yang banyak berkorban untuk dia sampai dia hidup mewah sekarang. Bila hidup dah mewah, duit dah banyak, kereta dulu proton buruk je, sekarang dah pakai Alfa Romeo, lupa daratan. Kalau kakak aku tak berkorban sama-sama senang, sama sama susah dengan dia, lain la cerita. Aku memang terasa masa tu.

Aku macam tak percaya. Salah seorang anak kakak aku yang rapat sikit dengan aku pun start bercerita pasal bapak dia dan "the new girlfriend". Anak dia yang ni memang favourite si bapak, so banyak bende la si bapak ni dok share dengan anak dia yang ni.

"abah nak kawin dengan untie tu. Dia cakap, tak kira la apa jadi. Kalau mak nak lari lagi, lari lah...abah takkan cari... "

" untie tu rumah besar, pas tu banyak kasik abah duit. Saya pun dia kasik duit.. abah cakap abah macam terhutang budi la.."

Selepas insiden tu, kakak aku jadi tak tenteram. Masak sekali seminggu pun susah, anak-anak dia balik dari sekolah semua tapau je. Rumah pun dia tak cara. Porak peranda . Anak-anak dia sampai tak sempat bangun pegi sekolah sebab kakak aku lambat bangun, ataupun dia lari lagi dari rumah sampai berminggu-minggu. Aku plak yang kene pikul tanggung jawab sebagai ibu budak-budak tu.

Sampai satu ketika, kakak aku bersemuka dengan aku, dia suruh aku cari rumah lain, duduk sendiri. Dia cakap aku cuba goda suami dia. Aku tanya dia kenapa dia cakap macam tu, dia cakap, suami dia kata aku cuba goda dia, ajak sumai dia pergi kajang betulkan raket badminton. Bodoh betul la.. memang bangang!!! Apa sebenarnya yang berlaku jauh sama sekali dengan apa dia cerita pada kakak aku. Aku cerita pada kakak aku apa sebenarnya dia cakap. Tapi kakak aku nampak serabut masa tu. Jadi dia macam endah tak endah. Aku terasa sangat masa tu, tapi aku lebih paham perasaan dia & apa yang dia alami, so aku undur diri.

Lepas 2 bulan aku menyewa sendiri, aku dengar suami dia dah kawin.

Kakak aku call aku, nak jumpa. Aku tahu dia sedia nak meluahkan perasaan. Dia cakap yang dia pernah mengandung lepas anak dia yang last, tapi suami dia suruh gugurkan.
Alasan : suami dia tak nak anak kecik lagi dah.

Kakak aku cerita yang isteri muda dia mengandung. Berlinang air mata kakak aku bila bercerita. Aku pun naik sebak. Dia mengaku di perbodoh-bodohkan oleh suami sendiri. Dia cakap nak mintak cerai.

Dia nak aku duduk semula dengan dia, tapi aku tak nak. Aku plak nanti naik serabut, dan kalau boleh aku tak nak masuk campur dalam hal rumah tangga orang. Lagipun aku kawin pun tak lagi masa tu. Isshhh... takut!!

Kakak aku tekad nak jaga diri dia sendiri, jaga anak-anak dia.Lepas 2-3 tahun, aku dengar kakak aku berpindah sana-sini. Akhirnya pindah semula ke kajang. Suami dia berhutang dengan bisnes partner dia, sampai kene gadai rumah dia sebijik kat Bandar Tasik Selatan. Kereta Alpha Romeo tak berjalan pun, sebab spare part tak de duit nak beli. Ada tersadai depan rumah dia kat Kajang. Rumah di Kajang tu je selamat dari tergadai sebab suami dia namakan rumah tu under kakak aku. Nasib baik. Kalau tidak, duduk mana agaknya kakak aku.

Sekarang suami dia tak kerja. Isteri muda dia kerja Nurse. Kat hospital mana, aku tak tahu. Tak de duit nak hantar anak-anak kecik dia gi taska, dia suruh kakak aku jaga. Jadi kakak aku ni macam orang bodoh, jaga anak tiri. Tu yang kakak aku sedih. Masa dia mengandung, suami suruh gugur sebab tak nak anak kecik, tapi bila kawin dengan bini muda, ada 3 anak kecik. memang kene bohong cukup2 la kakak aku ni. Kesian. Allah je yang tahu. Mintak cerai, suami dia tak nak. Jadi macam kain buruk je la kakak aku ni sampai ke akhir hayat dia. Nasib baik anak-anak kakak aku semua sayangkan mak... semuanya alhamdulillah...sejahtera la. Jadi boleh lah kakak aku menumpang anak-anak dia.

Balik raya hari tu, suami dia bawak kakak aku balik, dengan anak-anak dia....sekali dengan bini muda. Puuhhhh!!!! Jangan main-main. Tak pernah dibuat orang tu.

Makan kat kampung aku, semua jenis makan berhindang , dengan safrah semua. Suami dia duduk bukan main rapat dengan bini muda dia. Sambil-sambil makan tu, dia borak-borak berdua, lepas tu suap-suap each other plak tu!!!!! Gila !!!! Aku sempat toleh tengok kakak aku masa tu sibuk ke hulu ke hilir nak melayan anak-anak dia makan... berubah air muka kakak aku nampak suami dengan bini muda dia bersuap-suap. Bapak aku yang dah tua tu, terus tak selara makan, basuh tangan. Berani betul dia buat macam tu pada kakak aku depan keluarga dia. Memang kurang ajar la...









No comments:

Post a Comment