Wednesday, January 27, 2010

KAWAN oh KAWAN

Aku ni memang tak ramai kawan. Kawan pun dengan orang-orang tertentu saja. Bukan memilih sangat, tapi cara aku ni lain sikit. Aku tak suka menipu, especially kawan rapat. So, aku rather tell the truth daripada beritahu kawan2 aku apa yang dia nak dengar. Jadi, tak ramai la budak2 perempuan melayu, especially, yang sanggup jadi kawan aku.

Yang rapat pun dengan aku, dari college sampai sekarang pun ada, dah masuk belasan tahun. That's what I call TRUE FRIENDSHIP. Kami saling sayang menyayangi, kami jarang bergaduh, tak ambik hati pun kalau bergaduh, saling bertukar2 pendapat, semua bende dalam dunia ni kalau nak bercerita, semua keluar dan kami tak rasa apa2 pun. For my closest buddy, you know I am talking about you, I love you!

Salah satu sebab aku malas nak berkawan rapat dengan budak melayu perempuan ni sebab sifat "untrue" to themselves terlalu banyak sangat. They all banyak "pretend" to be your friend.

They all tak leh terima kalau kita ni dapat gaji lebih ke, dapat beli rumah besar sikit dari dia ke, kita ada condo kat KL as investment, they all tak leh terima. Diaorang cemburu. Cemburu yang teramat sangat, tapi they all tak tunjuk depan kita. Sedar2, ada je bende tak baik kita dengar dari orang lain, yang kita rasa kawan kita sendiri yang mengata.
Sedih betul!.

Berbeza dengan pengalaman aku berkawan dengan Europeans masa aku belajar kat UK dulu. Aku rapat dengan sorang British girl, Allison Parsons dan sorang French Girl - Marie Loure Souriau & of course my best friend Ellie duduk kat Wright Robinson Hall.

Allison dgn Marie memang true to themselves. They all kalau berkawan dengan kita, memang dia akan tunjuk true colour they all, jadi kita tak de lah nak meneka-neka. Kalau they all tak suka, they all cakap tak suka. They all tak de la nak bagi tau apa yang kita nak dengar. Kalau they all nak tegur something, atau nak bagi tahu something yg akan menyakitkan hati, they all akan explain sampai kita paham, they all akan pujuk la, lebih kurang, dan siap buktikan kenapa they all cakap macam tu.
Mula-mula tu terasa jugak, tapi lama-kelamaan aku jadi macam they all, LOVE YOURSELF and BE WHO YOU ARE.

Lama jugak aku nak rapat dengan they all, but lama2 we became very close, sebab paham masing2 punye rentak. Allison ramai kawan lelaki. Aku pun macam terikut2 macam dia. Marie plak tak de kawan sangat, sebab French ni memang sombong sikit, tapi aku ok je berkawan dengan dia. Simple and easy. Tak banyak sakit hati, tak banyak berlakon.

Sampai ke hari ini, aku masih keep in touch dengan they all, either Facebook or emails. Itu sejauh mana keikhlasan persahabatan kami.

Jauh beza dengan perempuan melayu.

Aku fed up nak berkawan dengan perempuan melayu. Aku pindah Kuantan from KL since 8 years ago, aku cari kawan. Sampai sekarang, ada sorang dua je yang aku contact, itupun kawan yang betul2 ikhlas nak berkawan. Kawan yang tak makan aku balik. Yang lain semua hancuss! Tak leh pakai.

  • Ada yang berkawan dengan aku sebab duit. Bila aku tak de duit, dia lari, cari mangsa lain. Bila tengok muka aku, dia start bukak cerita sedih, anak tak makan la etc etc.. pas tu direct cakap nak pinjam duit. Yang aku ni kasi la, kesian punye pasal. Tapi sampai le ni, satu sen pun tak bayar balik.
  • Ada yang berkawan dengan aku sebab nak suruh aku hantar dia pegi balik kerja, naik kereta aku, macam kereta aku ni teksi. Duit minyak tak pernah bagi.
  • Ada yang berkawan dengan aku sebab aku ni ada kereta sendiri, kalau nak keluar mana-mana, aku kene gi ambik dia kat rumah, balik hantar dia kat rumah. Suami ada, tapi segan nak mintak tolong suami. Apa yang dia nak sorok, aku pun tak tahu.
  • Ada yang berkawan dengan aku sebab bisnes. Yang ni memang aku paham.. tapi takkan bisnes je babe! Talipon aku, tanya pasal product (ni yang suka join Multi Level punye geng), product ada lagi ke tak, bila nak order baru, pakai lagi ke tak product dia. Aku tak kisah, tapi melampau-lampau sangat la....
  • Ada yang berkawan dengan aku sebab nak suruh aku hantar anak aku, suruh mak dia jaga, mintak RM350 sebulan duit untuk mak dia sebab jaga anak aku masa kecik dulu. Punye lah mahal, tapi sebab kawan, aku pun bagi je la, tengok2 termakan diri sendiri. Dia makan aku balik!
  • Ada plak yang berkawan dengan aku ni semata-mata nak tengok aku ni kaya mana. Kalau kaya dari dia, ok dia berkawan lagi dengan aku, kalau kayap dari dia, pandang serong plak kat aku.
  • Ada yang berkawan dengan aku sebab sibuk nak tunjuk anak-anak dia kecik 2-3 bulan dah pakai baju Osh Kosh, Kasut Nike Baby, Adidas. Siap bawak beg shopping Osh Kosh / Nike lagi bila datang jumpa aku, konon nak tunjuk la yg dia baru lepas shopping.
  • Tak kurang plak yang sibuk nak jadi mentor aku, ajar aku cara nak mendidik anak dengan betul. Padahal anak dia yang perangai teruk kat sekolah. Habis dengan anak, sibuk plak ajar aku cara nak menjaga suami. Macam2 hal!
  • Ada yang mula-mula jumpa dengan aku, terus cakap yang anak-anak didikan dia kat Sekolah Tadika Kemas semua pandai membaca, kalau anak aku tak pandai membaca bila umur dia masuk 6 tahun, hantar kat dia. Dia cakap anak-anak orang elit yang selalu tak pandai sangat. Selamba je kutuk aku, kutuk anak aku.
  • Ada yang berkawan dengan aku sebab aku ni ramai contact. Nak tolong carikan kerja. Bila dah dapat kerja, terus senyap, terima kasih pun tak de.
  • Tak lupa juga yang mencuri. Bila aku pindah rumah, barang2 aku letak kat rumah dia, bila aku balik dlm seminggu nak punggah, tengok2 dia dah pindah, entah ke mana. Aku cari dia kat tempat kerja, dia tak keluar2 dari opis. Habis barang2 aku dia curi, TV, Hi-Fi aku, baju2 aku, album masa aku kat UK dulu(sayu betul), digital camera, underwear aku pun dia kebas. Satu bende aku tak dapat balik, sampai ke hari ini. Aku takkan maafkan dia. Besok dia mati, dia kene cari aku!
Mana tak aku fed-up?

Mana perginya keikhlasan? Honesty sebagai seorang kawan?

Why cant we be like men? Tak payah nak judge orang, tak pikir banyak. Tak cerita bende2 karut. Duduk minum teh tarik, cerita pasal bola, cerita pasal bisnes, cerita pasal kerja. Bende2 yang tak memeningkan kepala?

Sekarang aku stick to the old fashion way, cari yang mana berkenan di hati sahaja. Banyak kawan2 aku guys. Senang. Tak banyak kerenah. Straight to the point.

Jadilah aku orang yang kedekut berkawan.

Nak buat cane?

Kene la berjaga-jaga

sebelum terkena,

buat seribu kalinya!!!!



4 comments:

  1. Sy setuju.. kebanyakkannya tak ikhlas
    suka melaga2kan
    suka membatu api kan
    suka jd nasi tambah
    hmmm... tol tak kak
    tapi tak sume camtu
    nak dpt yg ikhlas tu, susah
    sbb yg baik tu mmg susah nak dpt

    ReplyDelete
  2. oh kak leha..am I one of them? ngeeee...

    zura pun tak ramai kawan, bila diaorang start buat perangai yg annoying, baik jauhkan diri awal2 drpd saket hati kemudian hari...

    ReplyDelete
  3. Azure & izan,
    mana ada... kita kenal pun secara professional... relax dear..I am not talking about you both.

    Ni cerita dari pengalaman berbelas puluh tahun cari kawan... konon2nye...sekarang dah give up. Malas! dok diam2 je.. jaga family je senang...

    ReplyDelete
  4. Tapi kan, yang akak tak paham tu.... apasal orang melayu yang selalu macam tu? Sedih betul la....

    Itu yang sayu sangat di hati, mengenangkan anak bangsa sendiri ada hasat dengki dengan sesama bangsa sendiri??? Why... Oh Why?? Please tell me why...... :(((

    ReplyDelete